Thursday 6 June 2013


PPJPM akan mengadakan lawatan kerja ke Bloomberg dan Bursa Malaysia Berhad pada 25 Jun 2013 jam 10.00 pagi bertempat di Bloomberg, Level 24, Persiaran KLCC dan Jam 2.30 petang di Bursa Malaysia Berhad, Exchange Square Bukit Kewangan.
Objektif kedua-dua lawatan tersebut:
  1. Mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai Bloomberg  Professional Service;
  2. Menjalin hubungan rapat di antara media (Bloomberg) & Bursa Malaysia Berhad dengan Jabatan Perangkaan (JP) dan PPJPM;
  3. Sebagai lawatan belajar bagi meningkatkan pengetahuan ahli-ahli dan juga sebagai satu pendekatan strategical communication antara media (Bloomberg) dan JP.
  4. Mempertingkatkan pemahaman dan pengetahuan perangkawan mengenai aktiviti dan produk Bursa Malaysia Berhad; dan
  5. Mewujudkan rangkaian antara kedua-dua pihak.
Lawatan ini dijangka akan dihadiri hampir 30 perangkawan daripada Ibu Pejabat, JP Negeri dan AJK PPJPM.