Wednesday 31 July 2013

SESI BICARA EKSEKUTIF PPJPM BIL.2/2013 BERSEMPENA DENGAN INTERNATIONAL YEAR OF STATISTICS 2013 (IYOS2013)

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dr./Datin/Tuan/Puan,
                                                                    
Sukacita dimaklumkan bersempena sambutan International Year of Statistics 2013 (IYOS2013), Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) telah menganjurkan Sesi Bicara Eksekutif PPJPM Bil 2/2013. Sesi Bicara Eksekutif ini telah berlangsung pada 25 Julai 2013 (Khamis).

Wednesday 10 July 2013

Newsletter of International Year of Statistics (IYOS) Volume 1

Newsletter of International Year of Statistics (IYOS) Volume 1 telah dikeluarkan oleh Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) sempena sambutan IYOS 2013. Untuk makluman, PPJPM turut merangka beberapa aktiviti di peringkat Jabatan dan luar Jabatan untuk sama-sama meraikan IYOS pada kali ini. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:


i.  Pertandingan mereka bentuk poster bertemakan sambutan IYOS bagi peringkat pelajar sekolah menengah


 ii.      Fun Run Statistics

· Larian ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran statistik dan mempromosi IYOS 
· Penyertaan adalah terbuka untuk orang ramai
· Diadakan dengan kerjasama ISM, UM, UiTM dan lain-lain agensi
· Dianggarkan dapat menarik 10,000 – 15,000 peserta


iii.        IYOS Bagde

Bagi menyokong sambutan IYOS ini, anggota Jabatan amatlah digalakkan untuk memiliki IYOS Badge dengan bayaran yang minimum. Edaran badge tersebut akan dibuat dalam masa terdekat.
Di samping itu juga, PPJPM akan terus memberikan maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti yang dirancang. Bagi yang berminat, tuan/ puan boleh mendapatkan newsletter IYOS di peringkat antarabangsa dengan melayari http://www.statistics2013.org/participant-newsletter-archive/



SESI BICARA EKSEKUTIF PPJPM BIL.2/2013 BERSEMPENA DENGAN INTERNATIONAL YEAR OF STATISTICS 2013 (IYOS2013)

Sukacita dimaklumkan bersempena sambutan International Year of Statistics 2013 (IYOS2013), Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) akan mengadakan Sesi Bicara Eksekutif PPJPM Bil.2/2013 pada 25 Julai 2013 (Khamis) bertempat di Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penceramah bagi Sesi Bicara Eksekutif PPJPM Bil 2/2013 adalah Prof. C. Hirschman, Fulbright Visiting Professor of Sociology and Public Affairs University of Washington, Seattle. Tajuk Bicara Eksekutif  berkaitan The measurement of Occupational Socioeconomic Status with Malaysian Census Data.

Justeru, bagi menunjukkan sokongan kepada IYOS2013, PPJPM mengalu-alukan kehadiran YBhg. Dr./Datin/Tuan/Puan ke sesi tersebut. 

Tuesday 9 July 2013

IYOS Newsletter


Executive Talk in Conjunction of IYOS 2013 organised by DOSM


PUTRAJAYA, 5th April – In conjuction of IYOS 2013, Statisticians Association, Department of Statistics Malaysia (DOSM) has successfully organised an Executive Talk session. This executive talk highlighted on the importance of statistics and its’ usefulness towards the external users. Chief Statistician of Malaysia, Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan officiated the opening ceremony of the executive talk. Group Chief Economist, Maybank Investment Bank (IB), Mr. Suhaimi bin Ilias was invited to become the guest speaker to share his real-life knowledge and experiences as an analyst that uses DOSM’s data extensively in analysing the economic outlook of Malaysia.