Friday 28 June 2013


Lawatan Kerja ke Bloomberg 

Pada 25 Jun 2013, PPJPM telah mengadakan lawatan ke Bloomberg bertempat di Bloomberg, Level 24, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC,  Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai Bloomberg  Professional Service,Menjalin hubungan rapat di antara media (Bloomberg) dengan Jabatan Perangkaan (JP) dan PPJPM dan mempertingkatkan persefahaman dan meneroka kerjasama dalam penyebaran statistik negara rasmi.