Thursday 18 September 2014

::CORETAN AKHBAR::

"..generating good data is one thing, but putting them to good use is completely another."

Tuesday 25 March 2014

JEMPUTAN KE SESI BICARA EKSEKUTIF PERSATUAN PERANGKAWAN JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (PPJPM) BIL.1/2014

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) akan mengadakan Sesi Bicara Eksekutif PPJPM Bil.1/2014 pada 2 April 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Anggerik, Aras 2, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Penceramah bagi Sesi Bicara Eksekutif PPJPM Bil 1/2014 adalah YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Tajuk Bicara Eksekutif adalah Excellence in Najibnomics policy complements the Economic Transformation Programme.

Monday 24 March 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PPJPM Kali Ke-25 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh            : 2 April 2014 (Rabu)
Masa              : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Tempat          : Dewan Anggerik, Jabatan Perangkaan Malaysia
                                                  Aras 2, Blok C6, Kompleks C,
                                                  62514, Putrajaya

3.       Sehubungan itu, tuan/puan ahli PPJPM dijemput hadir ke mesyuarat ini. 

4.       Diharapkan semua ahli dapat menghadirkan diri pada mesyuarat agung ini demi kepentingan dan kemajuan bersama melalui PPJPM. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.


Saturday 15 March 2014

DOA UNTUK MH 370

 
Marilah kita semua Warga Jabatan mendoakan keselamatan semua penumpang dan anak kapal pesawat MH 370.
 
ikhlas daripada
 
PPJPM

Friday 14 March 2014

Kompetensi Jabatan - untuk ahli sahaja

Untuk Makluman:- Menu untuk kompetensi jabatan telah dikemas kini dilaman intranet jabatan dan boleh dicapai melalui url berikut: http://intranet.stats.gov.my/index.php?nav=mainpage

Friday 7 March 2014

MAJLIS APRESIASI LARIAN STATISTIK 2013

Jawatankuasa Pengelola Larian Statistik 2013 akan menganjurkan Majlis Apresiasi Larian statistik 2013 bagi meraikan semua ahli jawatankuasa dan petugas yang terlibat seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 15 Mac 2014 ( Sabtu)
Masa :   2.00 - 6.00 Petang
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8, Putrajaya
Sehubungan itu, semua ahli jawatankuasa dan petugas Larian statistik dijemput hadir. sebagai tanda apresiasi kepada majlis ini, tuan/puan diwajikan untuk memakai t-shirts Larian Statistik 2013 ( hijau, merah atau oren).
Untuk makluman tuan/puan juga, majlis ini akan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan serta turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang menarik seperti smartphone, hamper dan lain-lain lagi.

Saturday 1 February 2014

TAHNIAH BUAT YBHG. DATUK DR. KETUA PERANGKAWAN

Pihak PPJPM merakamkan sekalung tahniah atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah oleh DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agong kepada YBhg. Datuk Dr. pada hari ini. PPJPM amat gembira kerana ianya amat signifikan dan manifestasi kepada pengiktirafan Kerajaan kepada perkhidmatan perangkaan dan institusi Ketua Perangkawan. Tahniah dan syabas jua daripada PPJPM dan semua Warga Jabatan dan kami doakan YBhg. Datuk dan Datin keluarga sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan.

Saturday 18 January 2014




IKHLAS DARIPADA
AJK PPJPM DAN SEMUA WARGA JABATAN