Monday 24 March 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PPJPM Kali Ke-25 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh            : 2 April 2014 (Rabu)
Masa              : 9.00 pagi – 12.15 tengah hari
Tempat          : Dewan Anggerik, Jabatan Perangkaan Malaysia
                                                  Aras 2, Blok C6, Kompleks C,
                                                  62514, Putrajaya

3.       Sehubungan itu, tuan/puan ahli PPJPM dijemput hadir ke mesyuarat ini. 

4.       Diharapkan semua ahli dapat menghadirkan diri pada mesyuarat agung ini demi kepentingan dan kemajuan bersama melalui PPJPM. Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.