Tuesday 27 October 2015

A Special Day for Official Statistics


A Special Day for Official Statistics

The world around us is changing rapidly – the data revolution has reshaped our lives. To benefit from this 'globalization' we have to speak its language. Words like big data, metadata, spatial data, paradata, tweets, hash-tag and more are now part of our everyday language.
As official statisticians, we increasingly have to look beyond the structured data of our own making and utilize unstructured data supplied by others. We have no choice if we are to meet the demands of the wider and wider spectrum of new users and the traditional stakeholders of the National Statistical Offices (NSOs).
The 2015 World Statistics Day challenge for Official Statistics, then, is how we transform our traditional operations from ones where there was a 'lack of data,' to ones where sometimes there are 'huge volumes of data' -- from the data sparse world of seemingly just yesterday to today’s data dense world.
This requires a lot of new learning by us and by our customers. We need to intelligently decide on the plethora of data now at hand. Data presentation, also, can become a determining factor on who will use our data. Traditional ways of presenting data no longer meet the needs of many modern users. Graphical displays are replacing tables, dynamic forms are replacing static ones.
Still, we need to fall back on our Fundamental Statistical Principles. With the potential contradictions surrounding the globalization that we are facing, three core goals must remain our top priorities. These are 'users', 'rigorous statistics' and 'partnerships with the private sector.' We must always meet user needs efficiently and ethically. We must continue the rigorous application of better and better statistical methods; and, finally, we must aggressively expand partnerships with the private sector and our fellow NSOs to contain and ever reduce costs.
The NSOs must play an active role in the global discussion and ensure the engagement of our users and partners and in the process deliver better statistics for better lives!

Wednesday 21 October 2015

ISTIMEWA BUAT ALUMNI JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA (DOSM)





MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN INDAH YANG PERNAH DIUKIR
MEMBUATKAN DIRI TERSENYUM SEKETIKA
APAKAH MUNGKIN BISA DIPUTARKAN WAKTU
MENIKMATI PAHIT MANIS YANG PERNAH DILALUI

WALAU KENANGAN INI DIPOTRETKAN
UKHUWAH YANG TERJALIN TERPUTUS JANGAN

TERIMA KASIH ATAS JASA KALIAN !!!



Tuesday 20 October 2015

Montaj

...

Happy World Statistics Day !!! Better data. Better lives


Sunday 18 October 2015

StatsRun 2015 sempena World Statistics Day 2015

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua...

Alhamdulillah pada tanggal 17 Oktober 2015, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kerjasama Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM), Persatuan Penolong Pegawai Perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPPPJPM), Kesatuan Pembantu Perangkaan Semenanjung Malaysia (Kepp-Stats) dam semua Badan Kebajikan dan yang bernaung di bawah DOSM telah menganjurkan Larian StatsRun 2015.

Program yang bertemakan "Better data. Better lives" ini diadakan bersempena sambutan World Statistics Day yang akan disambut pada 20 Oktober di seluruh negara. Seramai 4,500 penyertaan telah bersama-sama menjayakan program ini dan turut diserikan dengan kehadiran Y.B. Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia, para jemputan khas dan alumni DOSM.

Dengan memilih Presint 3, Putrajaya sebagai lokasi program, orang ramai mula memenuhi kawasan larian seawal jam 5 pagi. Selain aktiviti larian menjadi aktiviti utama, terdapat pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya senamrobik #MyWSD2015, pameran Jabatan, cabutan bertuah, dan kedai-kedai jualan.

StatsRun 2015 yang tamat tepat jam 11.30 pagi meninggalkan pelbagai kenangan indah buat para pengungjung yang hadir. Dikongsikan bersama video kenangan sepanjang StatsRun 2015.





Untuk gambar-gambar yang lebih menarik, sila layari instagram mywsd2015 dengan #StatsRun2015 dan #MyWSD2015.

** Senarai pemenang akan dikongsikan pada post yang akan datang!!!

See Yaa!!!

Tuesday 7 July 2015

MAJLIS SILATURAHIM DAN PENGIMARAHAN RAMADHAN AL-KAREEM 2015/1436H JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca...

Untuk entry kali ini, PPJPM's CREW mahu berkongsi mengenai majlis seperti berbuka puasa yang diadakan di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya pada 7 Julai 2015 (Selasa) yang lepas.

Program yang diberi nama "Majlis Silaturahim dan Pengimarahan Ramadhan Al-Kareem 2015/1436 Jabatan Perangkaan Malaysia" telah dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Kebajikan Islam Statistik (PERKISA) Jabatan Perangkaan Malaysia, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awan (PUSPANITA) Cawangan Kecil Jabatan Perangkaan Malaysia dan Kelab Sukan Statistik (KSS) Jabatan Perangkaan Malaysia.

Majlis yang bermula pada 6.45 petang ini dihadiri oleh warga Jabatan dan turut diserikan dengan kehadiran YB. Senator Dato' Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hasan, Ketua Perangkawan Malaysia.

Thursday 18 June 2015

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

PPJPM's CREW ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada kaum muslimin dan muslimat. Moga kita semua beroleh keberkatan dan keredhaan dalam bulan yang mulia ini.

InsyaALLAH.


Wednesday 17 June 2015

ALUMNI DOSM 2015

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Untuk entree kali ini, PPJPM's CREW akan kongsikan 1 program yang pertama kali diadakan oleh PPJPM dengan kerjasama persatuan-persatuan lain di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Program yang dimaksudkan ialah ALUMNI DOSM 2015 yang telah diadakan pada 30 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di PICC, Putrajaya.


Sunday 7 June 2015

WARNA WARNI PROGRAM 3 DALAM 1 PPJPM 2015


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Harap semua dalam keadaan sihat dan ceria!!!


Untuk entry kali ini, PPJPM's CREW nak kongsikan warna warni satu program yang agak berskala besar yang telah diadakan pada 13 April 2015 (Isnin)...

Dalam program  ini, PPJPM telah menghimpunkan 3 aktiviti utama iaitu:

i) Sesi Bicara Eksekutif
ii) Majlis Dialog bersama YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan
iii) Mesyuarat Agung Tahunan PPJPM Ke-26

Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilakukan dan terima kasih diucapakan kepada semua ahli persatuan yang hadir terutamanya YBhg. Datuk Dr. Ketua Perangkawan, pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan serta Penceramah Jemputan yang didatangkan khas dari Kementerian Kewangan Malaysia, YBrs. En Lim Seng Gim.